PENGENALAN
Selaku seorang guru yang mempunyai sistem kognitif dan aset minda yang bermakna, kami berharap dapat menyampaikan ilmu dan pengetahuan secara kreatif dan berkesan, serta dalam masa yang sama berfikir untuk mengembangkan ketahapan diri sendiri. Dengan demikian, kami mengandaikan bahawa proses P & P adalah berkesan berdasarkan laman web sekiranya kita dapat menghasilkan laman web yang menarik dan bermutu. Ini adalah satu gambaran jelas bahawa berlakunya proses pembelajaran & pengajaran yang menunjukkan hubungan antara guru yang mahir dengan kemampunan pembelajaran pelajar dalam sistem kognitif.
Selaku seorang yang mempunyai sistem kognitif dan aset minda yang bermakna, laman web bukan satu topik yang baru untuk kami pada masa kini dan kami mempercayai laman web yang bermutu dan menarik adalah mampu meningkatkan proses pembelajaran pelajar yang mengambil khusus perdagangan tingkatan 4 serta meningkatkan keupayaan pelajar berfikir pada masa yang sama. Ini kerana kepercayaan kami terhadap pembelajaran berdasarkan laman web adalah berbeza dan bermakna berbanding dengan kelas tradisional.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran abad ke-21 menekankan penggunaan teknologi dalam sesi PdP. Penggunaan seperti web 2.0 dapat mempelbagaikan lagi corak penyampaian guru ketika sesi PdP berlangsung.
2. Meningkatkan daya kreativiti dan inovatif guru.
Guru dapat meneroka dengan lebih mendalam berkaitan dengan penggunaan teknologi tidak kira guru baru atau veteran supaya mereka mampu menghasilkan bahan bantu mengajar yang kreatif, interaktif dan menarik.
3. Meningkatkan kefahaman pelajar.
Mata pelajaran Perdagangan merupakan mata pelajaran yang memerlukan pembacaan yang banyak dan ini agak membosankan pelajar. Penggunaan teknologi merupakan salah satu usaha meningkatkan kefahaman pelajar dengan cara mengaplikasikannya ke dalam mata pelajaran Perdagangan. Tambahan pula, generasi kini sememangnya membesar dengan peredaran teknologi jadi mereka sememangnya berminat untuk meneroka dunia teknologi. Contoh, penggunaan peta minda.
4. Mengurangkan bebanan guru.
Guru tidak perlu membawa BBM yang berat dan tidak perlu membeli barangan keperluan untuk menghasilkannya. Adanya laman web ini, guru hanya memerlukan capaian Internet atau alatan yang berkaitan yang mana kebanyakan sekolah sudahpun menyediakannya. Selain itu, guru hanya perlu mengemaskini sebahagian tajuk sahaja dari semasa ke semasa tanpa menghasilkan semula yang baru.
SASARAN
1. Pelajar Tingkatan 4 dan 5
2. Guru Perdagangan
3. Pelajar ISMP
4. Orang Awam
PENYATAAN MASALAH
- Terdapat sebilangan pelajar yang keliru dalam mengenal pasti antara keperluan dan kehendak manusia.
- Ada segelintir pelajar yang tidak dapat menyatakan faktor-faktor pengeluaran
- Pelajar sering menghadapi masalah ketika menjawab soalan berkaitan pengkhususan dan pengeluaran
- Pelajar turut menghadapi masalah untuk menerangkan berkaitan sistem barter
Antara punca kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek Perdagangan Tingkatan 4 dalam Bab 1 bertajuk Asas kepada Perdagangan adalah disebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berlaku di dalam kelas tidak menyeronokkan dan tidak dapat menarik perhatian pelajar kerana kaedah penyampaian yang membosankan. Selain itu, cara pengajaran guru yang masih menggunakan kaedah lama/tradisional iaitu guru masih menggunakan papan hitam dan kapur serta slaid power point yang sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai untuk digunakan dalam abad 21 ini. Pelajar-pelajar Perdagangan Tingkatan 4 cepat bosan dalam kelas Perdagangan kerana mereka masih menggunakan buku teks yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan guru hanya mengambil bahan/maklumat yang ada dalam buku teks tanpa menggunakan sumber lain. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat menerokai secara meluas berkaitan subjek perdagangan dan hanya memperoleh pendedahan yang minimum kerana pelajar hanya menumpukan kepada buku teks sahaja. Di samping itu, kandungan buku teks Perdagangan Tingkatan 4 masih tidak menyeluruh dan tidak merangkumi semua silibus berkaitan subjek Perdagangan.
PENDEKATAN PENGAJARAN
1. Latih tubi
Melalui laman web ini, kami menyediakan ruangan latih tubi bagi pelajar supaya dapat menguji ingatan pelajar tentang topik yang telah dipelajari. Soalan latih tubi adalah berdasarkan topik yang terdapat di dalam laman web ini. Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada pelajar. Kami akan menyediakan soalan-soalan berbentuk objektif, subjektif dan betul atau salah. Kami akan berikan jawapan selepas pelajar selesai menjawab. Melalui latihan ini, pelajar akan lebih mengingati dan memahami topik yang telah dipelajari.
2.Penyelesaian Masalah
Seperti yang diketahui, soalan peperiksaan Perdagangan mempunyai soalan yang memerlukan pelajar menyelesaikan ‘case study’. Oleh itu, kami akan menyediakan ruangan untuk pelajar dan guru berinteraksi dan berkongsi maklumat. Hal ini dapat menjana pelbagai idea dan sekaligus dapat membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan. ‘Case study’ akan disediakan berdasarkan topik yang dipelajari di dalam laman web ini.
KESIMPULAN
kesimpulannya, dengan adanya laman web ini dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang melawat laman web ini akan memperolehi pelbagai maklumat berkaitan dengan subjek perdagangan tingkatan 4. Dalam lam web ini disediakan nota-nota yang ringkas dan mudah untuk dipahami oleh pelajar. Malah juga turut disediakan soalan-soalan latihan bagi setiap bab. Pelajar akan lebih menarik dan minat untuk belajar apabila menggunakan laman web ini. Jadi, secara keseluruhannya laman web ini di bangunkan untuk memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan bahan pembelajaran.