Encik Sham memiliki sebuah kilang pakaian di Tampoi, Johor Bahru. Beliau mempunyai 58 orang pekerja dalam proses pembuatan dan jahitan pakaian.
Untuk meluaskan pengeluaran, Encik Sham telah membeli sebidang tanah yang bersebelahan dengan kilangnya dengan harga RM350 000. Selanjutnya beliau telah membeli 5 buah mesin baru untuk mempercepatkan penghasilan pengeluaran.
Kini Encik Sham telah memulakan kedai menjual pakaian secara peruncitan bagi mengurangkan kos orang tengah. Beliau berazam untuk membuka sebuah kedai cawangan di Kota Tinggi dengan melantik adik iparnya sebagai pengurus kedai.
Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut.
a) Senaraikan contoh faktor-faktor pengeluaran dalam kes di atas. (4m)
i) Tanah
ii) Modal
iii) Usahawan
iv) Pekerja
Contoh faktor-faktor pengeluaran :
i) Tanah = Kilang pakaian
ii) Modal = Mesin dan tanah bernilai RM350 000
iii) Usahawan = Encik Sham
iv) Pekerja = 58 orang
b) Terangkan ciri-ciri usahawan. (10 m)
Ciri-ciri usahawan ialah:
- Berkebolehan untuk memulakan sesuatu dengan menggabungkan faktor pengeluaran. (1m)
- Berpandang jauh (1m)
- Peka terhadap kehendak masyarakat.(1m)
- Kreatif dalam mengeluarkan rekaan, ciptaan dan penemuan baru. (1m)Sebagai contoh komputer tanpa wayar.
- Berkebolehan untuk membaiki dan membaharui sesuatu (1m) seperti penggunaan cerek elektrik menggantikan cerek dapur .
- Berani menghadapi risiko (1m)
- Tidak mudah berputus asa menghadapi kegagalan.(1m)
- Cekap untuk mengurus faktor-faktor pengeluaran.(1m)
- Boleh mengawal , mentadbir dan mengurus system pemasaran dan pembuatan secara berkesan.(1m)
- Rajin, gigih dan tekun untuk menjayakan sesuatu. (1m)
c) Apakah peranan usahawan dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.(10m)
Peranan usahawan dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna:
- Mewujudkan peluang pekerjaan (1m) dengan menawarkan peluang pekerjaan dalam berbagai aspek seperti pembuatan, pemasaran , peluang perniagaan dan pengurusan. (1m)
- Meningkatkan taraf hidup pengguna. (1m) Dengan membaiki mutu keluaran tanpa menaikkan harga.(1m) Menawarkan tingkat gaji serta kemudahan yang berpatutan.(1m)
- Memberi sumbangan kepada pembangunan dan ekonomi negara.(1m) Menghasilkan barangan pengganti untuk barangan import (1m) serta menghasilkan barangan yang boleh dieksport ke luar negara.(1m)
- Membuat pembaharuan serta ciptaan baru dalam teknologi (1m). Menghasilkan barangan yang mempunyai pelbagai pilihan (1m) serta menghasilkan barangan yang standing dengan barangan dari negara lain.(1m)
d) Nyatakan fungsi utama usahawan dalam proses pengeluaran.(1m)
Fungsi usahawan dalam proses pengeluaran ialah menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mencipta nilai faedah kepada pengguna.
(1m)